Pengenalan:

Pulangan yang terjamin
Ternakan kambing boer tanpa memerlukan masa, pengalaman dan kandang
Sistem pengurusan perternakan secara komersial
Bebas melawat kambing
Kontrak tanpa tempoh, anda boleh pindahkan kambing secara bebas.
Syarat-syarat penyertaan program ternakan kambing boer secara pawah Sungai Siput
1. Jumlah minimum bagi setiap peserta yang ingin meyertai program ini adalah sebanyak 5 ekor kambing betina baka boer. Baka pejantan akan disediakan oleh pihak pengurusan.
2. Setiap peserta yang ingin menyertai program pawah ini diminta menyediakan wang sebagai kos perbelanjaan untuk membeli induk betina. Pembelian kambing akan diuruskan oleh pihak pengurusan tetapi atas persetujuan tuanpunya kambing. Sekiranya peserta ingin membeli sendiri kambing, peserta diminta berhubung dengan pengurusan untuk urusan kemasukan kambing ke kandang.
3. Setiap peserta dikehendaki membayar kos pemeliharan kambing sebanyak RM25 seekor/sebulan. Walaubagaimanapun kos pemeliharan bagi anak kambing yang baru lahir adalah percuma sehingga putus susu atau kurang dari 3 bulan.
Kos pemeliharaan adalah termasuk:
3.1 Pengurusan rekod ternakan
3.2 Pengurusan makanan dan minuman ternakan
3.3 Pengurusan nutrisi tambahan ternakan
3.4 Pengurusan rawatan & kesihatan ternakan
3.5 Pengurusan pembiakan, penjagaan ibu dan anak
3.6 Penggunaan kandang dan kemudahan asas kandang
3.7 Perkhidmatan JPH
3.8 Khidmat nasihat dari Veterinar
Pembayaran kos pemeliharaan kambing hendaklah dibayar pada awal setiap bulan iaitu sebagai contoh kos pemeliharaan bagi bulan Jan 2009 hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 1 Jan 2009. Peserta digalakkan untuk membuat pembayaran untuk tempoh 6 bulan atau 1 tahun sekaligus.
4. Segala risiko ternakan ditanggung oleh pihak pengurusan kecuali:
4.1 Bencana alam sekitar
4.2 Berlaku wabak penyakit yang diisytiharkan oleh kerajaan
4.3 Berlaku peperangan, rusuhan, tunjuk perasaan, mogok dan terorrist
4.4 Kematian ketika melahirkan anak
4.5 Anak kambing yang kurang 3 bulan
Walaubagaimanapun sekiranya berlaku masalah kesihatan, tuanpunya akan dimaklumkan terlebih dahulu.
5. Segala urusan jual beli kambing akan dijalankan oleh pihak pengurusan dengan persetujuan tuanpunya kambing. Sekiranya peserta ingin menjual kambing kepunyaannya, pengurusan hendaklah diberitahu dahulu. Bayaran akan hanya diberikan setelah kambing tersebut berjaya dijual dan setelah segala kos tertunggak dijelaskan. Tuanpunya kambing boleh juga menjual kambing sendiri tetapi hendaklah memaklumkan terlebih dahulu kepada pengurusan. Kambing akan dijual mengikut harga pasaran semasa.
6. Pembahagian kelahiran anak kambing tuanpunya adalah dibuat seminggu selepas anak dilahirkan. Ini adalah kerana dalam tempoh itu, kesihatan anak kambing masih belum stabil lagi. Cara perkongsian kelahiran anak kambing pula, sekiranya induk betina peserta melahirkan anak, anak kambing pertama adalah kepunyaan peserta dan anak kambing kedua adalah kepunyaan pengurusan dan begitulah seterusnya perkongsian secara bergilir-gilir atau berselang-seli. Sebagai contoh, sekiranya induk betina peserta melahirkan seekor anak, anak tersebut akan menjadi milik peserta dan dikelahiran berikutnya anak kambing yang dilahirkan akan menjadi milik pengurusan. Bagi kelahiran kembar dua pula, anak kambing pertama kepunyaan peserta dan anak kambing kedua menjadi milik pengurusan, sementara sekiranya berlaku kelahiran kembar tiga, anak kambing ketiga adalah hakmilik peserta.
7. Sekiranya peserta ingin keluar dari program pawah ini, peserta berhak untuk memindahkan ternakannya ke kandang sendiri atau dijual secara bebas selagi semua bayaran telah dijelaskan.
No comments:
Post a Comment