Sunday, June 28, 2009

Buat Baja Guna EM

Bahan-bahan asas

Tinja Kambing 83%
Hampas Soya 10%
Habuk Kayu 5%
Kapur 2%
EMAS 2.5%
Gula Merah 2.5%

Cara Menyediakan Emas:
EM 1liter + Gula Merah 1liter + Air 18liter = EMAS 20liter.
Kemudian biarkan 2minggu sebelum sedia untuk digunakan.

Cara membuat seperti biasa

Setelah 10hari sudah boleh digunakan berbanding stardec 5 minggu

Buat Baja Guna Stardec

Bahan-bahan asas:

Tinja Kambing 83%
Hampas Soya 10%
Habuk Kayu 5%
Kapur 2%
Stardec 0.25%

Cara-cara membuat:

Sukat bahan Asas
Penyedian sebelum mencampur
Tabur habuk kayu dan hampas soya
Taburkan Stardec
Taburkan Kapur
Gaul dan balik-balikkan
Pastikan kelembapan yang cukup
Longgokkan sehingga membukit
selepas 5 minggu boleh digunakan
pokok napier pakai baja organic

Thursday, May 7, 2009

Tauke-tauke kambing masa depan

ladang kambing boer menerima pelawat-pelawat muda yang bakat menjadi tuan-tuan mereka tidak lama lagi

4 ekor lagi jadi keluarga baru


4 ekor lagi anak kambing menjadi keluarga baru kami pada 30-04-2009, 3 ekor anak kambing boer dan seekor anak kambing cross feral dengan boer yang bernama brown (Abah punya favaurite). semuanya berumur lebih kurang 4 bulan dan berat masing-masing antara 9kg sahaja. Masa baru sampai Danial baru bangun tidur (nampak moyok je), pastu bila dia dah full charge habis dibulinya anak kambing tu.

Wednesday, April 1, 2009

Danial dan kambing nya





















Tiga ekor baka kambing boer telah dibeli pada 23hb march 2009 di Infoternak Sungai Siput.
Seekor baka Jantan lahir pada 20hb November 2008 dan sudah berumur 4 bulan berat 10kg dan dua ekor lagi baka betina lahir di bulan yang sama dan berat masing-masing 9kg dan 11kg.

Mudah-mudah ini adalah satu permulaan yang baik. Amin.

Tuesday, March 31, 2009

Cara-cara membuat baja organic tinja kambing

Baja organik tinja kambing memang elok dan bagus untuk hampir semua jenis tanaman. Apa yang menarik, penggunaan yang berlebihan, tidak akan merosakkan pokok kerana kandungan baja yang telah diuraikan (bakteria / hama 'jahat'). Cara buat baja organic ini pun tidak sepayah mana, yang penting , kena istiqamah dan rajin sikit sebab kerja yang memenatkan untuk memproses 1 hingga 2 tan, secara manual. Apa yang pasti, jika ada mempunyai mesin pembancuh simen (cement mixer), kerja memproses akan menjadi lebih mudah. Ditambah lagi jika anda mempunyai jentera penyodok (bobcat).

Resepi baja tahi @ tinja kambing

Bahan-bahan asas

1. Tinja 83% = 830 kg
2. Abu sawit 10% = 100 kg
3. Habuk kayu 5% = 50 kg
4. Kapur(lime) 2% = 20 kg
5. Stardex 0.25% = 2.5 kg

Cara-cara membuat baja organic tinja kambing.

1. Keringkan Tinja kambing. Tahi perlu betul-betul kering bagi mengelakkan mesin grinder tersumbat.
2. Hancurkan tinja menggunakan mesin penghancur (grinder)
3. Ratakan tinja yang hancur didalam petak 1.
4. Tabur habuk kayu, abu kelapa sawit, kapur dan stardec.
5. Gaul dan balik-balikkan sehingga agak sebati semua bahan-bahan asas.
6. Campurkan air dan mula menggaul. Kelembapan adalah sehingga 60% .
7. Longgokkan sehingga membukit : seelokkanya ditutup dengan kanvas bagi mengelakkan kekeringan.
8. Proses mengurai tahi akan berlaku oleh bacteria stardec ini (suhu akan mencecah sehingga 70° Celcius).
9. Biarkan selama seminggu. Buat catatan tarikh.
10. Minggu kedua, masukkan ke petak ke - 2, dan tutup.
11. Minggu ketiga, pindahkan ke petak ke – 3 dan tutup.
12. Minggu ke empat, pindahkan ke petak ke –4 dan biarkan terbuka. Ini bagi mempercepatkan pengeringan berlaku. Pada ketika ini. Suhu sudah mula menurun, bermakna proses penguraian telah berkurangan. Bau tahi telah hilang.
13. Selepas 4 minggu, selerakkan baja organic tinja kambing yang telah siap ini untuk dikeringkan supaya boleh dibungkus.
14. Boleh mula dijual, dan buat duit. Selamat mencuba!

Sunday, March 29, 2009

Program Pawah Kambing Boer Sungai Siput

Pengenalan:

Pulangan yang terjamin
Ternakan kambing boer tanpa memerlukan masa, pengalaman dan kandang
Sistem pengurusan perternakan secara komersial
Bebas melawat kambing
Kontrak tanpa tempoh, anda boleh pindahkan kambing secara bebas.





Syarat-syarat penyertaan program ternakan kambing boer secara pawah Sungai Siput 




1. Jumlah minimum bagi setiap peserta yang ingin meyertai program ini adalah sebanyak 5 ekor kambing betina baka boer. Baka pejantan akan disediakan oleh pihak pengurusan.

2. Setiap peserta yang ingin menyertai program pawah ini diminta menyediakan wang sebagai kos perbelanjaan untuk membeli induk betina. Pembelian kambing akan diuruskan oleh pihak pengurusan tetapi atas persetujuan tuanpunya kambing. Sekiranya peserta ingin membeli sendiri kambing, peserta diminta berhubung dengan pengurusan untuk urusan kemasukan kambing ke kandang.

3. Setiap peserta dikehendaki membayar kos pemeliharan kambing sebanyak RM25 seekor/sebulan. Walaubagaimanapun kos pemeliharan bagi anak kambing yang baru lahir adalah percuma sehingga putus susu atau kurang dari 3 bulan.
Kos pemeliharaan adalah termasuk:
3.1 Pengurusan rekod ternakan
3.2 Pengurusan makanan dan minuman ternakan
3.3 Pengurusan nutrisi tambahan ternakan
3.4 Pengurusan rawatan & kesihatan ternakan
3.5 Pengurusan pembiakan, penjagaan ibu dan anak
3.6 Penggunaan kandang dan kemudahan asas kandang
3.7 Perkhidmatan JPH
3.8 Khidmat nasihat dari Veterinar

Pembayaran kos pemeliharaan kambing hendaklah dibayar pada awal setiap bulan iaitu sebagai contoh kos pemeliharaan bagi bulan Jan 2009 hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 1 Jan 2009. Peserta digalakkan untuk membuat pembayaran untuk tempoh 6 bulan atau 1 tahun sekaligus.

4. Segala risiko ternakan ditanggung oleh pihak pengurusan kecuali:
4.1 Bencana alam sekitar
4.2 Berlaku wabak penyakit yang diisytiharkan oleh kerajaan
4.3 Berlaku peperangan, rusuhan, tunjuk perasaan, mogok dan terorrist
4.4 Kematian ketika melahirkan anak
4.5 Anak kambing yang kurang 3 bulan

Walaubagaimanapun sekiranya berlaku masalah kesihatan, tuanpunya akan dimaklumkan terlebih dahulu.

5. Segala urusan jual beli kambing akan dijalankan oleh pihak pengurusan dengan persetujuan tuanpunya kambing. Sekiranya peserta ingin menjual kambing kepunyaannya, pengurusan hendaklah diberitahu dahulu. Bayaran akan hanya diberikan setelah kambing tersebut berjaya dijual dan setelah segala kos tertunggak dijelaskan. Tuanpunya kambing boleh juga menjual kambing sendiri tetapi hendaklah memaklumkan terlebih dahulu kepada pengurusan. Kambing akan dijual mengikut harga pasaran semasa.

6. Pembahagian kelahiran anak kambing tuanpunya adalah dibuat seminggu selepas anak dilahirkan. Ini adalah kerana dalam tempoh itu, kesihatan anak kambing masih belum stabil lagi. Cara perkongsian kelahiran anak kambing pula, sekiranya induk betina peserta melahirkan anak, anak kambing pertama adalah kepunyaan peserta dan anak kambing kedua adalah kepunyaan pengurusan dan begitulah seterusnya perkongsian secara bergilir-gilir atau berselang-seli. Sebagai contoh, sekiranya induk betina peserta melahirkan seekor anak, anak tersebut akan menjadi milik peserta dan dikelahiran berikutnya anak kambing yang dilahirkan akan menjadi milik pengurusan. Bagi kelahiran kembar dua pula, anak kambing pertama kepunyaan peserta dan anak kambing kedua menjadi milik pengurusan, sementara sekiranya berlaku kelahiran kembar tiga, anak kambing ketiga adalah hakmilik peserta.

7. Sekiranya peserta ingin keluar dari program pawah ini, peserta berhak untuk memindahkan ternakannya ke kandang sendiri atau dijual secara bebas selagi semua bayaran telah dijelaskan.