Pada awal akhir bulan lepas Abah telah memberitahu kami bahawa sebahagian tanah Cik Mail akan diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bercadang mengalih dan membesarkan sungai dibelakang tanah Cik Mail bagi membolehkan mereka menaik taraf Landasan Keretapi bersebelahan sungai itu menjadi Landasan Berkembar. Bukan tanah Cik Mail sahaja yang menjadi mangsa, hampir semua tanah disekitar diambil oleh kerajaan samaada sebahagian atau keseluruhannya. Hanya tanah Abah saja yang selamat, tidak diusik. Mungkin meraka takut dengan Abah sebab Abah kan orang kuat Kerajaan Barisan Nasional.
Lanjutan dari itu Cik Mail terpaksalah memindahkan Pondok Lintah nya yang baru dibina oleh dia, Abah dan Bob kekawasan baru yang tidak diambil oleh kerajaan dan masih dibawah jajahan Cik Mail. Walaupun sedih jika didengar, Cik Mail telah dibayar pampasan dan ganti ruji yang berpatutan untuk tanah dan pondok Lintah nya. Keuntungan itu dapat dilihat dengan tindakan Cik Mail dan Abah mendirikan Pondok Lintah yang lebih besar ditapak yang baru. Pondok yang asalnya hanya untuk 2 kolam lintah telah dinaik taraf kepada Pondok baru yang boleh memuatkan 4 kolam Lintah. Bukan itu saja Teratak baru yang cantik untuk Zombee-Zombee pokok pisang berchanda juga dibina oleh Cik Mail dan Abah disebelah Pondok Lintah Mereka.
Untuk mengucapkan terimakasih kepada Cik Mail, Zombee-Zombee pokok pisang telah mengarahkan Daddy-Daddy dan Mummy-mummy Zombee turun membantu Cik Mail dan Abah membina Pondok dan Teratak baru dikebun Cik Mail. Lataran itu pada minggu lepas bersedondonglah suku sakat Zombee-Zombee ini datang dari Kuala Lumpur membantu Cik M
ail dan Abah.

Semasa Daddy-daddy Zombee sedang sibuk menaik taraf tanah Cik Mail Mummy-mummy Zombee dan Zombee mengambil peluang berposing kat Teratak baru yang sedang dibina. Mummy Zombee Danial, buat iklan ubat batuk Ibu dan anak. Mummy lain dengan Zombee lain menayang muka kat tangga pondok macam nak buat persediaan untuk Drama Opera Cina, tak ke geram kita dibuatnya. Bukannya nak menolong, mengabiskan minyak je kerja diorang ni!!##%%