Tuesday, July 29, 2008

kampong saya

Hakikatnya saya adalah anak bandar. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan dibesarkan juga di Kuala Lumpur. Bapa (Basri Bin Haji Hassan) berasal dari Tanjong Karang, Selangor sementara Ibu (Rosidah Binti Haji Mohd Tahir) berasal dari Petaling Jaya.


Oleh itu bolehlah dikatakan Tanjong Karang adalah kampong saya yang sebenar. Tanjong karang memang satu kawasan yang indah dan penuh dengan kenangan sewaktu saya kecil. Datuk kami (Haji Hassan) ketika itu memiliki tanah sawah, tanah kebun dan rumahnya yang berada ditanah berasingan berdekatan dengan surau.


Semasa kecil teutama waktu cuti sekolah dan cuti hari raya, kami beramai-ramai bersama pakcik-makcik dan sedara semua akan memporak-perandakan sawah dan kebun atok. Tak cukup dengan itu kami juga mengerjakan ikan-ikan lundu yang terdapat di sungai didepan rumah atok, dimasa yang sama kambing-kambing atok akan lari lintang pukang apabila mendapat email yang kami akan turun ke kampong.

Yang paling nakal masa tu adalah Pak Su, kerana dia selalu membuli dan memperbobohkan kami yang masih kecik dan cute-meut. Bukan itu saja kenakalan Pak Su, dia juga secara diam dan berselindung disebalik mukanya yang kononnya handsome telah membelasah motor dan kereta pakcik-pakcik yang lain. Pak Su dengan gaya Machonya menayang motor dan kereta pakcik-pakcik keliling kampong macam dia yang punya.

Tapi sayang zaman yang indah itu terlalu singkat, atas sebab yang tak dapat dielakkan kampong kami telah dilelong oleh Bank. Sehingga kini saya pun tak tau apa sebabnya dan tak pula saya bertanya pada Abah atau Pakcik-Pakcik yang lain. Saya hanya hormati dan simpati dengan masaalah mereka.

Dipendekkan cerita pada tahun 2001 Abah telah membeli tahan di sungai siput dan ditahun yang sama telah mendirikan rumah dan menetap disitu bersama adik kesayangan (Bob bin Basri). Ini lah dia kampong kami yang baru. Wakil rakyatnya masa tu Sammy Vellu(MIC) tapi sekarang dah jatuh kat pembangkang (Keadilan) tapi sama je.
Di sini Abah dan BOB mengusahakan perniagaan mereka masing-masing. Abah membuka Syarikat Pewter yang dikenali dengan nama "WangsaKraf" dan Bob dengan Kedai servis keretanya "Lan Top Services". Perniagaan Abah berjalan dengan baik dan sering mendapat tempahan dari badan-badah koporat di samping itu Abah juga mendapat sokongan kuat dari Karyaneka dan banyak lagi. Perniagaan Bob pula, oleh kerana memperolehi keuntungan yang memberangsangkan sepanjang tahun beroperasi, telah diambil alih oleh sebuah syarikat gergasi Luar Negara. Berapa nilai syarikat BOB yang dibeli oleh syarikat luar negara tu dan berapa juta keuntungan yang diperolehi oleh BOB saya tak tau. Tapi hari tu dia ada belanja saya rokok sekotak, mungkin itu nilai keuntungan untuk saya. Banyak jugak tu !!!!!

Sekarang satu lagi activity perniagaaan yang diusahakan oleh Abah dan Bob. Perniagaan ini disponser oleh Cik Mail kami. Mereka besama-sama telah memulakan activity membela lintah di tanah yang baru dibeli oleh Cik Mail yang hanya selang satu lot dengan tanah Abah. Kami mungkin bercadang menamakannya "Lintah Sungai Siput".

Walaupun begitu atas kreatif Abah kawasan ini tetap mengekalkan suasana kampong yang boleh dikatakan syok jugak. Setiap kali saya balik bersama-sama isteri, anak dan adik kami tidak pernah bosan melakukan activity merapu kami. Dan setiap kami balik bonet kereta kami terpaksa dimodify untuk dipenohkan oleh Abah dengan oley-oley nya.


Cerita kampong saya ini amat susah untuk ditamatkan malah ianya belum bermula lagi. Cerita di atas cuma mukadimah nya saja. Cerita sebenar keindahan sungai suput akan diceritakan di post akan datang.

No comments:

Post a Comment