
Cerita ini berlaku dikampung saya di kebun Cik Mail yang sedang mengusahakan tanaman pisang dan ternakan lintah. Seperti cerita saya terdahulu, Kebun Cik Mail hanya selang satu lot sahaja dengan tanah Abah.
Pengalaman yang meny
eramkan ini berlaku pada 2 minggu lepas iaitu pada 18,19 dan 20 haribulan 7 tahun 2008 bersamaan 15,16 dan 17 hb Rejab tahun 1429. Dimana kampung saya telah diserang oleh segerombongan Zombie-Zombie yang tak tahu apa jenis nya (Mungkin dari jenis Zombie Pokok Pisang) dan tak tahulah pulak dari mana asalnya.

Zombie2 ini telah menyerang kebun Cik Mail, mungkin sebab mereka tahu di kebun Cik Mail terdapat lintah-lintah yang masih teruna dan dara dan juga dikelilingi oleh Pokok2 pisang. Dari cerita2 orang tua Zombie2 Pokok Pisang ni memang suka akan darah lintah-lintah yang masih teruna dan dara, kerana boleh membuat mereka awet muda. Inilah sebabnya Zombie2 yang menyerang kebun Cik
Mail ni semuanya nampak muda-muda belaka. Dan Pokok Pisang amat digemari sebagai tempat mereka berchanda.

Alangkah takutnya Saya apabila melihat Zombie2 ini. Abah, Cik Mail, Bob dan Faizal anak Cik Mail semua nya sudah lari lintang pukang. Semuanya tak boleh harap !!!!!!!!. saya pun lebih kurang sama jugak tetapi sebelum melarikan diri saya sempat merakamkan telatah meraka untuk tatapan kita bersama.
Dalam banyak2 Zombie ni yang paling nakal dan paling handsome (macam bapak dia) yang kenit sekali tu. Muka dia bersih je berbanding yang lain yang nampak kotor dan chomot. Maklumlah dia ni kan handsome dan sentiasa dikelilingi oleh Zombie2 perempuan. Saya sempat bertanyakan namanya "enial mat izal" jawab nya, Mohd Danial Bin Mohd Rizal lah tu. Tapi ada diantara makwe2nya memanggil nya BatMan dan ada juga yang memanggilnya SuperMan. Biasalah tu Palyboy memang pakai banyak nama.
Dan yang paling tak kisah yang sorang lagi ni, yang tengah pegang toted di tu. Nama dia Aiman, memang dia ni selalu tak kisah. Tapi harus hati-hati kalau dia mengamuk kata Zombie2 yang lain. Dia ni takut mandi kat swimming pool sebab tu lah mereka datang kemari, kerana kalau lumpur pool si Zombee Aiman ni tak kisah.
Setakat ini sajalah, sebab nak cerita panjang lagi bulu roma saya dah naik!!!!!!!